Tajuk aneuploidy yang diakibatkan oleh
nondisjunction adalah merupakan salah satu tajuk dalam subjek Biologi DB026 dan sukar difahami
pelajar. Pelajar sukar untuk menggambarkan bagaimana mutasi boleh terjadi disebabkan oleh nondisjunction semasa proses pembahagian sel meiosis I dan meiosis II. Tajuk ini diajar dengan memperkenalkan aneuploidy, bagaimana ia terjadi sehingga
mengakibatkan mutasi.
Dalam sesi kuliah, pelajar
diperkenalkan dengan bagaimana perubahan kromosom manusia ini boleh terjadi.
Perubahan kromosom ini dikaitkan dengan nondisjunction
semasa fasa pembahagian sel iaitu meiosis I dan meiosis II. Nota kuliah juga
dilengkapkan dengan penerangan tentang jenis- jenis perubahan kromosom yang ada
iaitu ketidaknormalan kromosom pada autosom dan juga kromosom seks
menghasilkan mutasi yang berbeza.
Dalam tutoran dan waktu bengkel ,
pelajar diberi peluang untuk membincangkan semula tentang autosomal and sex chromosome abnormalities . Tidak ada ABM atau BBM
khusus yang digunakan untuk membantu pelajar memahami dengan lebih jelas
bagaimana terjadinya aneuploidy pada
kromosom manusia. Dari situ lahirnya idea untuk menggunakan kaedah NoSA (Nondisjuction Station Activity) yang
bertujuan untuk membantu pelajar memahami mekanisma nondisjunction dengan lebih mudah.
No comments:
Post a Comment