ABSTRAK

Inovasi ini dilaksanakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep nondisjunction menggunakan kaedah NoSA (Nondisjunction Station Activity).  Objektif inovasi ini adalah supaya pelajar dapat menjelaskan konsep nondisjunction, dapat  membezakan nondisjunction yang berlaku semasa meiosis I dan meiosis II dan seterusnya menyatakan keabnormalan kromosom yang berlaku akibat daripada nondisjunction.  Kumpulan sasaran inovasi ini adalah pelajar-pelajar sesi akademik 2016/2017, Program Dua Tahun di Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil subjek Biologi DB026.  Peningkatan kefahaman pelajar dilihat berdasarkan markah Ujian Pra dan Ujian Pos.  Melalui ujian pra, bilangan pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah adalah seramai 70.6% bagi praktikum D16M1T4 dan 75.0% bagi D16M3T3.  Ini menggambarkan bahawa sebahagian besar pelajar masih lemah dalam menguasai konsep the generation of action potential.  Selepas ujian pasca, peratusan pelajar yang memperolehi skor markah 6 dan ke bawah semakin berkurang iaitu seramai 5.9% bagi praktikum D16M1T4 dan 10.0% bagi praktikum D16M3T3. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratusan yang ketara di mana hampir semua pelajar dapat menguasai topik nondisjunction yang berlaku semasa meiosis I dan meiosis II dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Nondisjunction Station Activity_NoSA

  Nondisjunction Station Activity (NoSA) Bahan inovasi yang membantu PdP Biologi bagi tajuk Aneuploidy Ahli Kumpulan R...