Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan pada awalnya pelajar kurang
memahami konsep nondisjunction di mana
mereka sukar menggambarkan bagaimana mutasi boleh terjadi disebabkan nondisjunction semasa proses pembahagian
sel meiosis I dan meiosis II. PdP yang mengaplikasi kaedah NoSA (Nondisjunction Station Activity) banyak
membantu pelajar yang biasanya sukar memahami dan mengingati konsep nondisjunction. Kaedah ini mengubah cara pembelajaran pelajar dengan
mendedahkan mereka belajar secara hands
on dimana mereka perlu melengkapkan aktiviti kesemua empat stesen termasuk
aktiviti menyusun kromosom, melukis diagram nondisjunction,
mengenalpasti disorder yang
ditunjukkan oleh nondisjunction,
menjawab soalan-soalan yang diberi dan diakhiri dengan perbincangan kelas
setelah selesai aktiviti di setiap stesen.
Penggunaan kaedah NoSA boleh
diteruskan untuk pembelajaran di semester akan datang. Penambahbaikkan boleh
diadakan dengan mewujudkan gallery walk, di
mana pelajar sendiri yang menyediakan diagram masing-masing. Memandangkan topik
ini adalah antara soalan yang popular dalam soalan esei, dicadangkan aktiviti susulan untuk pelajar
adalah menjawab soalan esei tentang nondisjunction.
Ini bagi memastikan mereka dapat menjelaskan konsep nondisjunction, dapat membezakan nondisjunction yang berlaku semasa
meiosis I dan meiosis II dan seterusnya menyatakan keabnormalan kromosom yang
berlaku akibat daripada nondisjunction.
No comments:
Post a Comment